Tuesday, January 26, 2010

Gulai Ketam Aunty Azmah



10 ekor Ketam (potong ½)

2 senduk besar Minyak

1 helai Daun Pandan

2 inci Kayu Manis

1 biji Bunga Lawang

3 biji Buah Pelaga

8 biji Bawang Besar (potong halus)

2 sudu besar Cili Kering (mesin)

3 peket kecil Serbuk kari ikan (1 babas & 2 alagapas)

2 peket kecil Rempah ketam (adabi)

½ cawan Air

2 sudu besar Sos Cili

1 ½ inci Halia (ketuk)

RM 2.00 Santan

1 mangkuk Air

2 sudu besar Kerisik

Cara-cara

1. Masukkan minyak, daun pandan, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan tumis hingga wangi.

2. Kemudian masukkan bawang dan goreng hingga kuning. Masukkan halia dan kacau.

3. Masukkan rempah dan kacau hingga rempah tersebut masak.

4. Selepas itu, masukkan ½ cawan air sedikit demi sedikit dan kacau.

5. Setelah sebati, masukkan 1 mangkuk air dan kacau.

6. Masukkan santan dan kerisik kemudian kacau hingga sebati.

7. Yang terakhir, masukkan garam, sos cili,daun kari dan ketam kemudian kacau hingga ketam masak.

3 comments: