Wednesday, September 30, 2009

Ayam Goreng Kalasan


Kalasan adalah salah satu kawasan di Daerah Yogyakarta. Kalasan terkenal karena ayam gorengnya yang lazat. Keistimewaan Ayam goreng Kalasan ini kerana ia dimasak dengan santan kelapa sehingga mempunyai rasa yang sangat enak. Jika Anda mengunjungi Yogyakarta, jangan lupa mencuba menikmati ayam goreng Kalasan yang dimasak secara tradisional.

Bahan:
1 ekor ayam (potong 8)
500 ml santan
½ sudu teh bakingsoda
1 sudu makan kicap manis
1 sudu teh kunyit serbuk
1 sudu teh Garam
1 sudu teh Gula merah

Bahan (A) ditumbuk kasar
6 cm lengkuas
5 cm halia
4 cm kunyit
5 ulas bawang putih
5 batang serai
2 lembar daun salam
2 biji bawang besar

Cara Membuatnya
1. Perap ayam bersama kicap, serbuk kuinyit dan garam selama 1 jam.
2. Rebus ayam dengan santan dan bahan (A). Tambah gula dan garam secukup rasa.
3. Bila ayam setengah masak, angkat ayam dan letak di dalam penapis. Toskan bahan rebusan. Ketepikan.
4. Panaskan minyak, goreng ayam hingga keemasan. Letak di dalam pinggan.
5. Goreng pula bahan rebusan yang ditapis di dalam minyak tadi. Bila sudah garing, angkat dan taburkan di atas ayam tadi.

Sambal Ayam Kalasan

15 biji cili merah (buang bijinya)
6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 biji tomat merah
½ sudu teh belacan
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula

cara membuatnya:
1. Tumis kan semua bahan-bahan. Masukkan sisa kuah rebusan ayam.
2. Tunggu sehingga mendidih dan siap.

1 comment:

  1. Kamarule, Yourr recipes are delicious. Unfortunately, as in this recipe's case, many of your followers cannot enjoy because we understand only English.
    Is it possible to provide English translations of the Malay recipes?
    Thanks & keep up the great service.
    Ed

    ReplyDelete